Saturday, October 26, 2019

Essay --

â€Å"â€Å"Ilmu pengetahuan tanpa nilai-nilai yang mulia belum tentu dapat melahirkan masyarakat yang baik dan berjaya. Nilai-nilai yang mulia tanpa ilmu pengetahuan juga tidak akan melahirkan masyarakat yang berjaya†. Begitulah ungkapan kata-kata bestari oleh mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Bapa Pemodenan Negara yang merupakan salah satu daripada pencetus kegemilangan dunia pendidikan negara. Selamat pagi dan Salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada: Pengerusi Majlis, Yang Amat Berhormat Datuk Johan Ashaari bin Murti, Menteri Pendidikan merangkap Timbalan Perdana Menteri. Yang Berhormat Datuk Romario Ansam anak Rungah, Timbalan Menteri Pendidikan. Yang Amat Berhormat Pehin Sri Maher Zain, Ketua Menteri. Yang Berhormat Freddy Jabu anak Jugah, Timbalan Ketua Menteri. Yang Berhormat Datuk Halimah, Menteri Tugas-tugas Khas Dalam Negeri berkaitan Pendidikan. Yang Berhormat Datuk-datuk dan Datin-datin. Yang Berbahagia Datuk Ariffin Faiq, Ketua Pengarah Pendidikan. Yang Berbahagia Datuk Sabri bin Rahmat, Rektor IPGM. Yang Dihormati Encik Hafiz Azman, Pengarah Pendidikan Negeri. Yang Berusaha Puan Saftuyah binti Safri, Pengarah Institut Pendidikan Guru Tunku Abdul Rahman. Pengarah-pengarah IPGK dan Wakil-wakil Pengarah IPGK. Yang Berusaha Encik Amir bin Jamal, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Tunku Abdul Rahman. Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri. Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua Unit Institut Pendidikan Guru Tunku Abdul Rahman. Pensyarah-pensyarah Kanan. Para Pensyarah. Staf-staf Sokongan. Para Graduan. Para Ibu Bapa. Tuan-tuan dan Puan-puan dekat di hati. Tegak rumah kerana tiangnya, tegak bumi kerana paksinya, tegaknya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk â€Å"Kecemerla... ...rutera, peguam dan sebagainya wujud di dunia ini. Setuju atau tidak puan-puan? Dan untuk memacu pertumbuhan pembangunan di negara ini, aspek pendidikan hendaklah ditikberatkan sebab pendidikan jugalah yang berperanan dalam mengangkat nilai budaya, tamadun dan peradaban bangsa ke suatu peringkat yang lebih tinggi dan global. Oleh itu, kelengkapan dan prasarana pendidikan perlulah disediakan untuk mencapai hasrat murni kerajaan yang menggunung tinggi. Seperti apa yang telah diperkatakan oleh ahli falsafah Yunani iaitu Plato, beliau menyatakan pendidikan ialah asas pembangunan dan untuk mempertahankan keharmonian sesuatu bangsa seseorang itu sendiri. Hadirin yang dihormati, pada hemat saya, falsafah yang telah dinyatakan oleh Plato tersebut tidak jauh dengan falsafah pendidikan yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.